Kafeteria yang disediakan bagi tiga buah fakulti termasuk Fakulti Komunikasi dan Peng. Media UiTM Shah Alam telah diarahkan supaya ditutup selama dua minggu oleh Jabatan Kesihatan, Unit Keselamatan dan Kualiti Pemakanan Negeri Selangor. Berdasarkan laporan pemeriksaan kafeteria fakulti, pengusaha kafeteria fakulti kurang menitik beratkan aspek kesihatan dalam operasi penyediaan makanan seterusnya tahap kebersihan yang diperolehi oleh kafeteria adalah kurang daripada 50%. Hasil daripada laporan tidak memuaskan, kafeteria fakulti tidak dibenarkan beroperasi sehingga tempot yang diberikan tamat.
Tindakan penutup kafeteria di fakulti selama dua minggu telah menimbulkan banyak rungutan dan ketidakpuasan hati oleh para pengunjung kafe terutamanya pelajar dan staf. Kafeteria kecil yang disediakan adalah bagi kemudahan 3 buah fakulti iaitu Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Fakulti Sains Pentadbiran dan Peng. Polisi serta Fakulti Komunikasi dan Peng. Media merupakan kafeteria tunggal yang ditempatkan di situ. Para pelajar dan juga staf mengalami kesukaran kerana kafeteria lain yang disediakan berada jauh dari kawasan fakulti. Pelajar dan staf terpaksa keluar dari kawasan fakulti setiap kali waktu makan terutamanya sarapan pagi dan makan tengahari. Lebih menyukarkan lagi bagi pelajar yang tidak mempunyai kenderaan sendiri terpaksa berjalan kaki sejauh 600 meter untuk ke kafeteria berdekatan.
Mungkin kita semua faham dan masih mampu bersabar kerana terpaksa berusaha lebih untuk mengisi perut yang kekosongan dan juga menambah tenaga di kala keletihan dan menghadapi banyak kelas yang dijadualkan serta tugasan yang perlu disiapkan. Namun begitu, keadaan ini sangat menyukarkan kerana para pelajar dan staf terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalulintas setiap kali keluar pada waktu makan. Jarak kafeteria alternatif yang jauh sangat tidak menjimatkan masa dan menyebabkan kafeteria lain sesak dan tidak selesa kerana terpaksa berebut dan berhimpit untuk mengambil makanan. Kerana terpaksa menunggu giliran dan waktu rehat dan makan yang singkat, pelajar dan staf seperti mengejar masa untuk makan, rehat, solat dan sebagainya.
Seharusnya, pihak pengurusan menyediakan kafeteria yang mencukupi dan selesa sesuai dengan bilangan pelajar yang semakin bertambah dari tahun ke setahun. Dengan wujudnya kafeteria yang mencukupi di fakulti-fakulti, maka para pelajar dan staf tidak perlu berjalan jauh dan bersesak-sesak keluar dari fakulti untuk mencari makanan. Selain itu, pihak pengurusan hendaklah menyediakan tempat dan kemudahan yang cukup kepada pengusaha kafeteria supaya perkara seperti kes penutupan ini tidk bersatu, mengadakan khidmat yang cuku[ dalam melakukan beberapa kerja yang dianggap penting dalam penyediaaan makanan.
Kesimpulannya, kami berharap agar masalah kafeteria di fakulti dapat diselesaikan secepat mungkin agar tidak berulang lagi dan kami dapat belajar dalam keadaan yang tenang dan bebas dari stress dan tekanan.
No comments:
Post a Comment