Oleh NORFARAHANIS BT NOOR ZERI
Jamichez_gwen@yahoo.com
Kajian mendapati penjenayah luang masa teliti maklumat mangsa pengguna laman web social sebelum bertindak.
London: Rangkaian laman web sosial seperti Twitter dan Facebook kini menjadi alat bantu kepada pencuri untuk mengesan kediaman yang kosong dan berpotensi untuk dipecah masuk.
Berdasarkan kajian, ramai pengguna laman web sosial itu menyiarkan alamat masing-masing bersama perincian lain, termasuk bila dan ke mana mereka akan bercuti.
Melalui kajian 50 bekas pencuri dikenali syarikat insurans dan kebanyakan penjenayah meluangkan masa secukupnya menyelidik sasaran mereka sebelum bertindak.
Kini penggunaan internet secara tidak sedar memberikan maklumat mengenai pergerakan masing-masing misalnya, bila pergi ke lapangan terbang, penghantaran barangan atau sebagainya.
Kajian More Than, sebuah syarikat insurans di London menunjukkan, 68 peratus pencuri mengaku mengumpul maklumat mengenai rumah sasaran dan rutin penghuninya sebelum bertindak.
Sebanyak 12 peratus bekas penjenayah pula berkata, mereka sering menggunakan laman web sosial untuk membuat penyelidikan.
Justeru itu, jenayah seperti ini tidak dinafikan juga turut berlaku di negara kita kerana memandangkan pengguna laman sosial turut digunakan oleh rakyat Malaysia. Oleh itu, para pengguna laman sosial hendaklah berhati-hati dalam memberi informasi mengenai urusan peribadi anda kerana kita bakal berdepan dengan pelbagai risiko yang bakal menggugat keselamatan kita, keluarga dan negara.
Rujukan : Harian Metro, 22 Julai 2010
No comments:
Post a Comment