Initiatif Malaysia bagi menangani Islamafobia negara Amerika Syarikat merupakan usaha murni Perdana Menteri Malaysia untuk menyuarakan rasa hati orang Islam sekaligus memimpin masa depan dan hala tuju yang sempurna bagi negara-negara Islam. Kita menghargai keikhlasan Perdana Menteri untuk memberi kerjasama membantu Amerika Syarikat mengurangkan salah faham dan pandangan negatif terhadap Islam namun, Ideologi takutkan agama Islam, melabelkan Islam sebagai ganas yang mengamalkan perluasan kuasa amatlah tidak relevan.
Lebih mengecewakan adalah sikap dan prejudis rakyat Amerika Syarikat yang seperti “bertuan” di negara orang telah membuatkan negara-negara membangun seperti Malaysia terpaksa melakukan pelbagai cara untuk memperjuangkan hala tuju negara dan agama sendiri sedangkan sepatutnya apapun agama bebas memperaktikkan budaya dan amalan tanpa sebarang prejudis dan penindasan.
Pandangan terhadap umat Islam yang semakin buruk sehingga dilabel sebagai “terrorist”, iaitu agama yang ganas lebih-lebih lagi selepas peristiwa 11 September 2001 yang mengaitkan Islam sebagai dalangnya. Namun, sehingga sekarang tiada mana-mana pihak mampu membuktikan bahawa Islam yang bersalah.
Pengetahuan yang cetek masyarakat AS mengenai agama Islam adalah punca tercetusnya rasa takut terhadap agama Islam yang tidak berasas telah mewujudkan perlakuan mendiskriminasi, ekstremisme seperti tunjuk perasaan anti-masjid di New York dan ancaman pembakaran naskah Al-Quran di AS mengundang ancaman yang kuat serta kekacauan yang bakal
Saya merasakan bahawa rakyat Amerika Syarikat seharusnya mempunyai sikap lebih positif dan keterbukaan kepada negara-negara lain terutamanya negara yang mengamalkan Islam sebagai agama rasmi. Mereka seharusnya berhenti menindas dan mengambil kesempatan ke atas negara-negara miskin serta negara-negara membangun kerana mereka juga mempunyai hak untuk maju dan membangun di negara sendiri dan mengikis sikap “menangguk di air keruh” dikala negara-negara ini sedang menghadapi pergolakan.
Sebagai pemegang kuasa besar dunia, negara Amerika seharusnya mengamalkan sikap toleransi dan membantu negara-negara miskin dan membangun dengan mengadakan rundingan meja bulat supaya dapat membincangkan permasalahan serta strategi dan perancangan yang kukuh ke arah kemajuan, keamanan dan kesejahteraan dan bukan untuk kepentingan politik semata-mata.
Rakyat di negara-negara Islam juga seharusnya tidak menimbulkan kekeliruan terhadap nilai dan praktis agama Islam itu sendiri dan seharusnya perlu memahami apa yang telah dilandaskan di dalam Al-Quran. Ini kerana, ada dikalangan umat Islam yang tidak faham dan telah mengaplikasikan Islam dengan cara yang salah serta mengelirukan. Justeru itu, umat Islam seharusnya bersatu dan mendalami agama Islam itu sendiri agar dapat difahami dan dicontohi oleh agama-agama lain disamping memperkuatkan peradaban Islam itu sendiri.
No comments:
Post a Comment